2K
KUALA LUMPUR, 29 Jun – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) menangguhkan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan Tiga Siri 15/2018.
Menurut kenyataan JLKN hari ini, penangguhan itu dilakukan kerana jumlah pengambilan pelatih program itu bagi tahun ini melebihi sasaran pengambilan peserta iaitu 20,022 orang.
“Sehubungan itu, semua bakal pelatih kumpulan itu yang menerima Notis Pemberitahuan Pelatih (NPP) pada tarikh ditetapkan sebelum ini, tidak perlu menghadirkan diri ke PLKN.
“JLKN tidak akan mengeluarkan surat pemakluman mengenai penangguhan NPP,” kata kenyataan itu.