Home SemasaGlobal Jeneral Min Aung Hlaing dan 12 pegawai kanan didakwa

Jeneral Min Aung Hlaing dan 12 pegawai kanan didakwa

by Noor Sheila Amin

New York, 28 Jun – Amnesty International mendakwa pemerintah tentera Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing dan 12 pegawai kanan, melakukan kekejaman dalam kempen keganasan terancang di Rakhine yang menindas etnik Muslim Rohingya ‘serangan sistematik’.

Pertubuhan itu mendesak mereka dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

“Penghapusan etnik penduduk Rohingya dilaksanakan menerusi kempen kejam dan terancang, membabitkan pembunuhan ribuan penduduk Rohingya termasuk kanak-kanak oleh pasukan keselamatan,” kata laporan berkenaan.

Laporan itu juga mendakwa, pasukan keselamatan turut bertanggungjawab melakukan keganasan seksual, menyeksa, mengusir dan membakar pasar serta ladang hingga menyebabkan penduduk kebuluran sebelum bertindak melarikan diri.

“Perbuatan ini menyamai jenayah kemanusiaan mengikut undang-undang antarabangsa kerana mereka terbabit secara langsung dalam serangan,” kata laporan itu lagi.

Tentera Myanmar sudah berulang kali menafikan menjadikan etnik minoriti itu sebagai sasaran sebaliknya mendakwa mempertahankan diri daripada militan Islam yang menyerang pos kawalan polis pada Ogos tahun lalu.

Lebih 700,000 penduduk Rohingya melarikan diri ke Bangladesh selepas operasi besar-besaran pihak tentera yang disifatkan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) sebagai penghapusan etnik.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!