Home Pertahanan dan Keselamatan Akta MKN 2016 mungkin akan dikekalkan – Mat Sabu

Akta MKN 2016 mungkin akan dikekalkan – Mat Sabu

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Kerajaan mungkin akan mengekalkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 walaupun Pakatan Harapan pernah berjanji untuk menghapuskannya pada kempen Pilihan Raya Umum ke-14 lalu sekiranya berjaya menguasai Putrajaya.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu hari ini mengambarkan akta yang pernah dikatakan memberi kuasa penuh kepada Perdana Menteri itu mempunyai kebaikan kepada pegawai kerajaan dalam menjalankan tugas.

[blockquote align=”none” author=”Menteri Pertahanan Mohamad Sabu”]”Kita sedang membuat penilaian terhadap akta ini kerana ia amat berguna terutama kepada pegawai untuk berkhidmat kepada negara. “Apa yang kita perlu lakukan ialah mengawalnya agar tidak menjadi alat untuk memberi tekanan kepada pegawai untuk menyokong parti politik,”.[/blockquote]

Kerajaan sebelum ini mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji undang-undang sedia ada yang dilihat menindas rakyat di negara ini.

Jawatankuasa tersebut adalah seiring dengan Manifesto Pakatan Harapan yang akan menghapuskan undang-undang yang dilihat menindas rakyat.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini berkata, beberapa akta seperti Anti-berita Tidak Benar 2018, Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 akan dihapuskan.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!