WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT, 27 Jun. Tentera Amerika Syarikat (AS) kehilangan ramai anggotanya ketika latihan berbanding perang, situasi yang membimbangkan Kongres negara berkenaan.
Menurut statistik Akta Pengesahan Pertahanan Negara, hampir 80 anggota tentera AS maut akibat kemalangan ketika latihan tahun lalu berbanding 21 yang maut akibat perang.
Perwakilan Mac Thornberry dari Texas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan Angkatan Bersenjata berkata, situasi berkenaan berlarutan sejak tahun tiga tahun lalu di mana kemalangan ketika latihan antara tahun 2015 hingga 2017 membunuh sekurang-kurangnya 185 anggota berbanding 44 anggota yang terbunuh ketika bertempur.
Untuk perbandingan, laporan Kementerian Pertahanan United Kingdom pada Mac tahun ini mendedahkan hanya 141 anggota keselamatan Britain terbunuh ketika latihan dari Januari 2000 hingga Februari 2018.
Sementara itu, kajian Military Times mendapati antara tahun 2013 hingga 2017, 133 tentera AS maut akibat kemalangan udara.
Pihak Kongres berpendapat pemotongan bajet tentera memaksa tentera udara dan pasukan keselamatan lain mengurangkan masa latihan sekaligus menjadikan ia lebih agresif dan ia dilihat memberi tekanan kepada anggota tentera.
- Press TV