Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Mohd Amar terkejut nilai barang rampasan berkaitan Najib

Mohd Amar terkejut nilai barang rampasan berkaitan Najib

by Nurulhuda

KOTA BAHRU, 27 Jun – Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyatakan rasa terkejutnya dengan pendedahan nilai barangan rampasan di hartanah berkaitan Datuk Seri Najib Razak sepanjang bulan lepas oleh polis hari ini.

Mohd Amar berkata apatah lagi jumlah itu dikatakan milik individu.

“Kita memang terkejut jika ia milik individu. (Bagaimanapun) Kita tak boleh komen apa-apa, biarlah polis buat keputusan mengenainya,” katanya ketika di majlis hari raya Aidilfitri anjuran Yayasan Islam Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Beliau yang juga timbalan menteri besar Kelantan ditanya berhubung pendedahan polis bahawa nilai barangan rampasan itu bernilai RM686.37 juta dalam sidang media pagi tadi.

Malah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata berdasarkan nilai pasaran semasa ia boleh meningkat antara RM910 juta hingga RM1.1 bilion.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!