Home Semasa Senarai penuh kabinet tular di media sosial

Senarai penuh kabinet tular di media sosial

by Pasri Asyraf

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Berhubung kenyataan media yang dikeluarkan Istana Negara yang menjelaskan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V telah menerima senarai nama Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet daripada Pejabat Perdana Menteri pada 20 Jun.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, senarai nama menteri Kabinet tersebut telah diperkenan oleh Yang Di-pertuan Agong dan telah dikembalikan semula kepada Pejabat Perdana Menteri pada 22 Jun.

Susulan itu, pagi ini tersebar senarai menteri dan timbalan menteri yang bakal dilantik bagi memenuhkan menteri persekutuan kerajaan Pakatan Harapan (Harapan).

Kesahihan senarai tersebut masih belum dipastikan.

Dikhabarkan posisi Menteri Luar Negeri bakal diisi oleh Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Wilayah, Khalid Samad, Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Mohamad Ketapi.

Manakala, Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Selain itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pembangunan Usahawan, Redzuan Yusof.

Turut membarisi Kabinet Harapan, Menteri Industri Utama, Teresa Kok, Menteri Kerja Raya, Baru Bian, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jayakumar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong.

Bagi kerusi Timbalan Menteri untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,Chong Chieng Jen, Kementerian Pembangunan Usahawan, Dr Mohd Hatta Md Ramli, Kementerian Industri Utama dan Shamsul Iskandar Md Akin.

Selain itu, timbalan menteri untuk Kementerian Kerja Raya, Annuar Tahir, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Kementerian di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh, Kementerian di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Hanipa Maidin serta Kementerian di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial, Dr Mohd Farid Md Rafik.

Turut  dinamakan untuk jawatan Timbalan Menteri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah di Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh Tseow Suan, Kementerian Pelajaran, Teoh Nie Ching dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Masyarakat, Sivarasa Rasiah.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dr Ahmad Termizi Ramli, Kementerian Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee, Kementerian Tenaga Manusia, Datuk Mahfuz Omar, Kemterian Pertanian, SimTze Tzin dan Kementerian Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.

Senarai lain, Kementerian Wilayah, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Bakhtiar Wan Chik, Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Isnaraissah Munirah Majilis, Kementerian Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong dan juga Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menempatkan, Dr Ong Kian Ming.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!