Home Pertahanan dan Keselamatan Veteran Tentera mohon kuota haji dikekalkan

Veteran Tentera mohon kuota haji dikekalkan

by Nurulhuda

KANGAR, 20 Jun – Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVTTBM) memohon kuota haji sebanyak 400 orang dikekalkan untuk mereka pada tahun ini.

Presiden PVTTBM, Ismail Abidin berkata sebelum ini, kuota haji untuk veteran tentera hanya 200 orang, namun ditambah kepada 400 orang pada tahun lalu.

“Pihak persatuan menerima banyak pertanyaan daripada ahli mengenai peluang mereka untuk menunaikan haji pada tahun ini di bawah kuota veteran tentera.

“Mereka mempunyai wang simpanan mencukupi dan sangat berharap agar dapat ke tanah suci tahun ini,” katanya lagi.

Beliau berkata, kuota menunaikan haji untuk veteran tentera selama ini diperoleh atas ihsan kerajaan Arab Saudi dan pihaknya berharap kerajaan pusat dapat berurusan dengan kerajaan negara itu bagi mendapatkan jumlah kuota yang sama pada tahun ini.

Katanya kebanyakan veteran berusia melebihi 65 tahun, justeru mereka sangat berharap dapat menunaikan haji segera sementara masih mampu dan bertenaga.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!