Home SemasaGlobal Rusia bangunkan pesawat kargo tanpa pemandu

Rusia bangunkan pesawat kargo tanpa pemandu

by M.Daim

MOSKOW, 12 Jun – Syarikat pembuat kapal terbang Rusia, Ilyushin telah mengadakan kerjasama dengan syarikat pengeluar pesawat tanpa pemandu Rusia, Kronstadt Group untuk menghasilkan sebuah pesawat kargo tanpa pemandu. Pesawat tersebut dihasilkan untuk melakukan penghantaran kargo di kawasan yang berjauhan.

Kedua-dua syarikat tersebut akan menghasilkan pesawat prototaip yang dibangunkan dari pesawat kargo Ilyushin Il-122.

Pengarah Ilyushin Aviation Complex, Alexey Rogozin berkata, pesawat pengangkut tanpa pemandu yang berupaya untuk menghantar beberapa tan kargo dari satu lokasi ke satu lokasi adalah diperlukan pada masa hadapan, dengan melihat keadaan semasa di Artik.

Ilyushin akan membangunkan pesawat IL-112V yang mampu untuk membawa muatan sebanyak 5 tan bagi menggantikan peranan pesawat Antonov An-26.

Kronstadt yang menghasilkan UAV sederhana, Orion, akan memasang sistem pemanduan tanpa awak pada pesawat yang direka oleh Ilyushin.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!