Home Pertahanan dan Keselamatan Op Selamat: Keselamatan pengguna jalan laut, sungai terjamin

Op Selamat: Keselamatan pengguna jalan laut, sungai terjamin

by Noor Sheila Amin

KUCHING 11 Jun – Op Selamat dilaksanakn oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Hari Raya Aidilfitri selama 15 hari bukan hanya memberi tumpuan terhadap pengguna jalan raya tetapi meliputi keselamatan orang ramai yang menggunakan jalan laut dan sungai di negeri ini.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti(JPJKK) Sarawak, Senior Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, operasi bermula Jumaat lalu sehingga 22 Jun ini akan membabitkan 850 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontingen (IPK) serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh Sarawak.

Katanya, operasi itu akan memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin dan rumah yang ditinggalkan oleh penduduk yang pulang bercuti ke kampung berada dalam keadaan selamat.

“Selain itu, operasi ini juga membabitkan kerjasama dengan Jabatan Laut Sarawak dan Lembaga Sungai Sarawak untuk memberi tumpuan kepada keselamatan orang ramai yang pulang ke kampung menggunakan jalan laut dan sungai.

“Pihak polis dan agensi berkenaan akan memberi tumpuan kepada pengusaha bot ekspres bagi memastikan keselamatan penumpang pengangkutan air dan matlamat kemalangan sifar di sungai serta laut dapat dicapai,” katanya dalam ucapan mewakili Pusuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Amer Awal merasmikan Pelancaran Op Selamat 13/2018 Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri di pusat beli-belah Plaza Merdeka di sini hari ini.

Pada majlis itu, PDRM turut menyampaikan risalah keselamatan dan topi keledar percuma kepada penunggang motosikal, selain mengadakan tinjauan mesra di sekitar kawasan pusat beli-belah berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!