Home SemasaGlobal Euro Tank, kereta kebal Eropah mula dipamer.

Euro Tank, kereta kebal Eropah mula dipamer.

by M.Daim

PARIS, 12 Jun – Pameran Pertahanan Eurosatory yang sedang berlangsung di Paris kali ini menyaksikan kehadiran kereta kebal utama (Main Battle Tank – MBT) baharu. Kereta kebal tersebut yang dikenali sebagai Euro Tank atau Euro MBT (EMBT) adalah hasil kerjasama antara syarikat dari Jerman dan Perancis.

Kereta kebal Euro dibangunkan bersama oleh Krauss-Maffei Wegmann (KMW) dari Jerman dan Nexter dari Perancis. Syarikat KMW dikenali dengan siri kereta kebal Leopard manakala Nexter dengan sistem persenjataan artileri terutamanya sistem artileri bergerak CAESAR.

EMBT mempunyai casis (badan) Leopard 2 A7 yang dipasang dengan turet kereta kebal Leclerc.

EMBT adalah gabungan daripada casis kereta kebal Leopard 2 manakala bahagian turet adalah dari Leclerc 120mm.

Pembangunan EMBT adalah bermula semenjak Januari 2017 dan ujian penembakan pada kenderaan prototaip telah dilakukan pada April lalu.

Berbanding dengan Leopard 2, EMBT menggunakan sistem autoloader sebagaimana yang terdapat pada Leclerc.

Casis yang digunakan adalah dari Leopard 2 A7 yang terkini. Ujian pengendalian EMBT telahpun dijalankan.

Walaupun begitu, program EMBT bukannya dibiayai oleh kerajaan Jerman dan Perancis tetapi melalui satu badan yang ditubuhkan oleh KMW dan NEXTER; KNDS, yang ditubuhkan pada tahun 2015 lalu.

EMBT dijangka akan mula beroperasi mulai 2030.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!