Home SemasaGlobal China kuasai Scarborough Shoal, pengawal pantai desak penambahan aset

China kuasai Scarborough Shoal, pengawal pantai desak penambahan aset

by M.Daim

MANILA, 12 Jun – Nelayan Filipina meluahkan kekecewaan mereka kepada kerajaan Filipina berikutan pengalaman buruk yang dialami oleh mereka di Panatag Shoal. Panatag Shoal merupakan nama yang diberikan oleh Filipina untuk Scarborough Shoal.

Romel Cajuela, nelayan Filipina, menyuarakan tidak rasa tidak puas hatinya dalam satu sesi taklimat bersama jurucakap Presiden Filipina di Malacanang.

Beliau yang dipetik oleh Philstar berkata, Pasukan Pengawal Pantai China akan memeriksa barangan nelayan dan ada yang mengambil hasil tangkapan terbaik para nelayan.

“Kapal mereka besar, kami cuba untuk bergaul dengan baik.,” kata Romel.

“Jika kami tidak turuti kemahuan mereka, kami akan menerima padah!”

Namun begitu, beliau menyatakan anggota pasukan pengawal pantai China memberikan mi, rokok dan air sebagai tukaran kepada tangkapan yang diambil.

“Mahu tidak mahu, terpaksa terima kerana mereka berkuasa di situ,” jelas Romel.

Panatag Shoal atau bajo de Masinloc merupakan tapak perikanan tradisi masyarakat Filipina. Terletak dalam lingkungan zon ekonomi esklusif 200 batu nautika, Scarborough Shoal mula diduduki oleh China pada tahun 2012.

Pada ketika itu, kapal-kapal China menghalang Tentera Laut Filipina untuk mendekati kawasan tersebut bagi menghalang nelayan China yang menceroboh di situ.

Isu di Scarborough Shoal merupakan salah satu isu yang memberikan tekanan kepada pihak pentadbiran Filipina sebelum ini.

Semasa Duterte mengambil alih tampuk kepimpinan di Filipina, hubungan bilateral antara Manila-Beijing semakin mengukuh. Pada masa yang sama, nelayan Filipina mula dibenarkan untuk menangkap ikan di kawasan tersebut.

Romel Cajuela berkata, isu yang timbul adalah halangan bahasa (language barrier) antara anggota pengawal pantai China dan nelayan tempatan. Malah, menurutnya, keadaan di Scarborough Shoal di antara nelayan dan China adalah lebih baik daripada sebelum ini.

Beliau menambah, mereka tidak pernah diganggu secara agresif malah tiada sebarang senjata dihalakan kearah nelayan Filipina.

Sementara itu, jurucakap Pasukan Pengawal Pantai Filipina, Kapten Genito Basilio berkata, mereka hanya mempunyai sebuah kapal, BRP Sindangan, untuk mengawasi perairan di antara Palawan dan Scarborough Shoal.

“Kami berharap Duterte bersetuju untuk menambah bilangan kapal pasukan pengawal pantai untuk berkawal di Laut China Selatan,” kata Genito.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!