TOKYO 11 Jun – Tun Dr. Mahathir Mohamad membayang Malaysia bakal memiliki projek kereta nasional kedua setelah pemilikan Proton kini sebahagiannya telah dijual kepada syarikat China, Geely.
Perdana Menteri berkata, kemungkinan juga projek ini akan turut membabitkan rakan-rakan negara ASEAN yang lain.
“Malaysia ada cita-cita untuk memulakan satu lagi projek kereta nasional yang boleh dijual ke pasaran dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan kerajaan akan mengambil alih semula Proton pada sesi dialog Persidangan Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei) di sini hari ini.