PONTIANAK, 11 Jun – Polis Republik Indonesia (POLRI) dan Tentara Nasional Indonesia (TNI) berkerjasama untuk melakukan rondaan bersama di beberapa wilayah di Kalimantan Barat. Rondaan bersama tersebut dilakukan sepanjang Hari Raya Aidilfitri.
“Kami melakukan rondaan bersama ini bagi memastikan keadaan di kawasan-kawasan yang ditetapkan sentiasa aman, khususnya semasa hari Lebaran,” kata Leftenan Kolonel Infantri Abdul Rahman, Komandan KODIM 1202/Singkawang yang dipetik oleh Antara News.
Sementara itu, Ketua Polis Singkawang menyatakan seramai 310 orang anggota akan terlibat dalam operasi bersama POLRI-TNI yang dikenali sebagai Ops Ketupat.