Home Pertahanan dan Keselamatan Dakwaan Esscom akan ditutup adalah tidak benar – Datuk Hazani

Dakwaan Esscom akan ditutup adalah tidak benar – Datuk Hazani

by Noor Sheila Amin

LAHAD DATU, 9 Jun – Dakwaan kononnya Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) akan ditutup atau organisasi itu dikecilkan adalah tidak betul, kata komandernya, DCP Datuk Hazani Ghazali.

Beliau berkata dakwaan yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini hanya bertujuan melemahkan semangat serta moral pasukan keselamatan Esscom.

“Jangan percaya berita palsu yang viral mengatakan bahawa Esscom akan ditutup, Esscom akan dikecilkan”, katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa Esscom di sini.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif Esscom, Noor Alam Khan A Wahid Khan serta Timbalan Komander Esscom, Brig Jen Datuk Badrul Hisham.

Dalam pada itu, Hazani berkata Esscom komited untuk meneruskan kecemerlangan mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

“Esscom akan sentiasa fokus dan merangka pelbagai pendekatan bagi memastikan tahap keselamatan perairan negara ini berada dalam keadaan terbaik termasuk terus mencapai kejayaan seperti menembak mati empat penjenyah rentas sempadan (KFR) di kawasan perairan Felda Sahabat baru-baru ini,” katanya.

Menurutnya, dengan kerajaan baharu ini, Esscom akan meneruskan komitmen selaku penyelaras strategik keselamatan sekali gus kekal relevan sebagai agensi penyelamat yang melindungi kawasan perairan di Esszone.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!