LUBNAN, 29 Mei – Pasukan pengaman Batalion Malaysia, MALBATT di Lubnan (MALBATT 850-5) bakal memulakan pengoperasian 9 buah kenderaan pengangkut berperisai (APC) baharu. APC 4×4 keluaran International Armored Group, Guardian yang tiba pada pagi tadi merupakan sebahagian daripada kontrak perolehan Sistem Missile Starstreak.
Penerimaan Guardian ini adalah bagi menggantikan kenderaan berperisai MALBATT yang sudah
lama dan rosak. Proses pengantian ini dilakukan secara berperingkat.
Pada masa yang sama, MALBATT juga telah menganjurkan satu Kursus Pengendalian dan Senggaraan APC 4X4 Guardian mulai 29 Mei 2018 hingga 2 Jun 2018 . Kursus ini adalah bagi melatih dan melayakkan kru kenderaan serta pasukan senggaraan untuk mengoperasikan Guardian dalam beberapa masa kelak.
Tenaga pengajar bagi kursus ini adalah dari Syarikat Global Komited Sdn Bhd (GKSB) dan silibus pembelajaran kursus adalah mengikut silibus yang telah disediakan oleh pihak pembekal.