Home Semasa Kerajaan beri bonus kakitangan awam, jumlah belum dimuktamad – Tun M

Kerajaan beri bonus kakitangan awam, jumlah belum dimuktamad – Tun M

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan kerajaan Pakatan Harapan akan memberi bonus sempena Hari Raya Aidilfitri kepada kakitangan awam.

Bagaimanapun, beliau berkata jumlah bonus tersebut masih belum dimuktamadkan.

“Ya, kita akan bagi bonus, banyak mana tidak tahu lagi,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PBBM, di sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!