Home SemasaGlobal Trump ambil langkah berjaga-jaga

Trump ambil langkah berjaga-jaga

by Noor Sheila Amin

WASHINGTON, 25 Mei – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan beliau sudah mengarahkan Setiausaha Pertahanan, John Mattis supaya berjaga-jaga jika Korea Utara mengambil ‘tindakan di luar dugaan’.

Katanya, tentera AS adalah yang paling berkuasa di dunia dan mereka bersedia bertindak, jika diperlukan. Difahamkan, Korea Selatan dan Jepun juga bersedia menanggung beban kewangan ‘jika situasi tidak diingini berlaku disebabkan tindakan Korea Utara’, kata Trump.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Rumah Putih itu, Trump berkata AS akan meneruskan ‘tekanan maksimum’ untuk memaksa Korea Utara meninggalkan senjata nuklearnya.

“Banyak kemungkinan boleh berlaku dan banyak peluang besar masih ada, saya percaya ini langkah ke belakang bagi Korea Utara dan dunia. Pyongyang mempunyai peluang menamatkan kedaifan dan kekejaman dengan memilih untuk menghapuskan nuklear serta menyertai negara dunia,” kata Trump.

Dalam pada itu, Presiden Korea Selatan, Moon Jae In tadi menyuarakan kekesalan terhadap keputusan Trump membatalkan pertemuan dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dan menggesa kedua-dua pemimpin itu meneruskan rundingan secara langsung.

“Pembatalan persidangan AS dengan Korea Utara ini amat dikesali. Penghapusan senjata nuklear dan kedamaian berkekalan di Semenanjung Korea tidak boleh dihentikan atau ditangguhkan.

“Isu sensitif seperti ini tidak dapat diselesaikan dengan cara komunikasi negatif antara AS dan Korea Utara. Saya berharap kedua-dua pemimpin menyelesaikan isu ini secara langsung dan berdialog sesama sendiri,” katanya ketika mesyuarat keselamatan kecemasan.

Kebimbangan itu turut disuarakan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres semalam.

“Saya amat bimbang dengan pembatalan pertemuan yang di rancang di Singapura antara Presiden AS dan pemimpin Korea Utara. Saya menggesa kedua-dua pihak meneruskan dialog dan mencari jalan damai serta berkesan dalam menghapuskan senjata nuklear di Semenanjung Korea,” katanya. – Reuters/ AFP

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!