Home SemasaGlobal Giliran AS usir diplomat Venezuela

Giliran AS usir diplomat Venezuela

by Noor Sheila Amin

WASHINGTON, 24 Mei – Amerika Syarikat (AS) mengarahkan dua diplomat kanan Venezuela untuk meninggalkan negara itu dalam masa 48 jam, sebahagian daripada tindak balas terhadap Caracas yang mengusir dua diplomat AS baru-baru ini, kata Jabatan Negara.

“Tindakan ini adalah untuk membalas keputusan rejim Maduro mengisytiharkan Caj d’Affaires dan Timbalan Ketua Misi Kedutaan AS di Caracas sebagai personae non grata,” kata jurucakap Jabatan Negara, Heather Nauert dalam satu kenyataan.

Caj d’Affaires kedutaan Venezuela dan Timbalan Konsul Jeneral konsulat Venezuela di Houston juga diisytiharkan sebagai personae non grata dan diarah meninggalkan AS dalam tempoh dua hari, katanya.

Langkah Venezuela mengusir diplomat AS awal minggu ini berikutan sekatan tambahan AS susulan pemilihan semula kontroversi presiden Nicolas Maduro.

Maduro mengumumkan pengusiran itu selepas secara rasmi diisytiharkan sebagai pemenang pilihan raya Ahad lalu di negara Amerika Selatan yang dilanda krisis ekonomi teruk. Ia turut berdepan sekatan antarabangsa yang semakin meningkat.

Undian itu diboikot parti pembangkang utama dan dikecam meluas komuniti antarabangsa, termasuk AS, yang menyifatkannya sebagai satu penipuan. – AFP

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!