Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan penceroboh perairan Malaysia

APMM tahan penceroboh perairan Malaysia

by M.Daim

KUALA TERENGANU, 21 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM telah menahan 2 buah bot nelayan asing di perairan negara. Kapal KM Pekan menahan 2 bot nelayan dari Vietnam pada kedudukan 75 batu nautika dari Kuala Terengganu pada 18 Mei lalu.

Dua bot nelayan dikesan sedang melakukan aktiviti perikanan dan meceroboh perairan negara pada kedudukan 75 batu nautika dari Kuala Terengganu. Foto: Twitter KM Pekan.

Menurut akaun Twitter rasmi KM Pekan, kedua-dua bot tersebut sedang melakukan aktiviti tunda ganding. Pihak KM Pekan menyatakan bahawa mereka akan terus melakukan pemantauan perairan negara.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!