Home Politik Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir kecewa

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir kecewa

by Noor Sheila Amin

PUTRAJAYA, 21 Mei – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan kekecewaannya apabila pentadbiran negara tidak lagi dipandang tinggi negara lain ketika berucap di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, hari ini.

“Saya kecewa kerana sebuah pentadbiran yang dahulu dikenali sebagai terbaik dalam (negara) Komanwel (kerana mampu) menjalankan tugas dengan baik dan melaksanakan segala program dengan berjaya, hari ini tidak lagi dihormati dan dipandang tinggi.

“(Maka) menjadi tugas kita semua untuk memulihkan keadaan ini supaya kembali menjadi sebuah negara yang ditadbir dengan baik dan berjaya,” katanya.

Beliau turut membangkitkan kepentingan membersihkan salah laku pentadbiran terdahulu menurut undang-undang.

“Saya bersyukur kerana tiada banyak masalah berhubung kerjasama daripada pegawai sedia ada, tetapi kita harus ingat yang salah tetap salah.

“Sebarang perbuatan yang salah mesti diuruskan mengikut undang-undang,” katanya lagi.

Beliau juga mendakwa jumlah hutang negara kini telah mencecah paras RM1 trilion, berbanding RM300 bilion pada masa dulu.

“Bagaimana untuk menyelesaikan hutang ini bergantung kepada usaha dan daya kerja kita mengatasi cabaran. Untuk itu kita perlu berkerjasama,” katanya lagi.

Ini merupakan perhimpunan bulanan pertama Mahathir sejak kembali sebagai perdana menteri.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM Datuk Seri Mohd Zuki.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!