Home Politik Shukri Abdull ketua SPRM yang baru

Shukri Abdull ketua SPRM yang baru

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kembali ke badan itu untuk mengetuainya tidak lama lagi.

Kata Dr Mahathir, kerajaan bersetuju melantik Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mengisi tempat Ketua Pesuruhjaya SPRM. Jawatan itu kosong selepas penyandangnya Tan Sri Dzulkifli Ahmad meletak jawatan.

Mohd Shukri ialah orang nombor dua di SPRM apabila badan itu dirombak secara tiba-tiba ekoran siasatan mereka ke atas syarikat berkaitan 1MDB.

Skandal itu menjadi satu daripada isu paling banyak dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pemilihan Mohd Shukri diumumkan Dr Mahathir dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini.

Shukri mengambil keputusan untuk bersara wajib pada dua tahun lalu.

Mohd Shukri juga diingati kerana ucapan perpisahannya yang memberi kesan mendalam kepada orang ramai.

Semasa menyampaikan pesanan itu di Putrajaya, Mohd Shukri mengingatkan bahawa semua orang termasuk ahli politik, hakim dan pegawai-pegawainya akan dipertanggungjawabkan di akhirat.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!