KUALA LUMPUR, 16 Mei – Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa terlalu banyak pegawai kontrak dilantik secara politik pada pemerintahan kerajaan lalu.
“Kita dapati terdapat pegawai kontrak dilantik kerana keperluan pentadbiran dan ada juga dilantik kerana politik,” katanya.
Beliau menyatakan bahawa kesemua pegawai kontrak lantikan politik akan ditamatkan.
Walaupun begitu, Tun M menyatakan pegawai tertentu seperti yang bergaji rendah dan pemandu akan dikecualikan.
“Ini akan menyusahkan mereka jika diberhentikan secara tiba-tiba,” jelas Tun M.
Tambah beliau, sesetengah daripada mereka akan beri jawatan yang lain yang bersesuaian dengan kelayakan masing-masing.
“Inilah yang sedang dilakukan dan memang mengambil masa,” kata Tun. “Keputusan dan penyelesaian adalah dari saya sendiri.”
Langkah penamatan pegawai kontrak adalah salah satu langkah kerajaan untuk mnejimatkan perbelanjaan.