1.9K
SHAH ALAM, 16 Mei – Pakatan Harapan (Harapan) didaftarkan secara rasmi sebagai gabungan parti oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Perkara tersebut disahkan ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang memuat naik sijil pendaftaran tersebut di Twitternya.
“Satu minggu sahaja sudah terlaksana pelbagai urusan tersangkut sebelum ini. Dengan pantas Harapan didaftarkan oleh ROS,” katanya.
Berdasarkan sijil pendaftaran tersebut, dinyatakan perakauan bahawa Harapan hari ini telah didaftarkan sebagai suatu pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dan turut dinyatakan nombor pendaftarannya.
Sijil tersebut turut ditandatangan oleh Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim.