Home Politik Keluarga keutamaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Keluarga keutamaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim

by Noor Sheila Amin

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim, memilih untuk meluangkan masa bersama keluarga sebaik dibebaskan hari ini tanpa memaklumkan masa untuk beliau kembali aktif dalam arena politik.

“Dalam masa terdekat berilah saya ruang untuk bersama-sama keluarga namun pada masa sama saya akan memberikan sokongan kepada isteri sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Saya ingin menikmati makanan yang sudah agak lama saya tidak merasainya,”katanya dalam sidang media khas di kediamannya di Segambut, di sini, petang tadi.

“Berat badannya susut selama berada di penjara dan berhasrat untuk menaikkannya seperti sebelum ini, katanya.

Anwar turut memaklumkan beliau akan membuat penampilan sulungnya sebaik mendapat Pengampunan Diraja di Padang Amcorp Mall, Petaling Jaya, malam ini.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!