Home Politik 10 Exco Johor angkat sumpah

10 Exco Johor angkat sumpah

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Seramai 10 Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (Exco) hari ini mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor, pagi tadi.

Berangkat sama pada Majlis Istiadat Mengisytiharkan Pelantikan Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu ialah ​​​Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta anakanda baginda yang lain.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian.

Menurut kenyataan pada laman Facebook rasmi Sultan Johor di Johor Bahru hari ini, majlis yang bermula pada 10.30 pagi itu dimulakan dengan bacaan doa oleh Mufti Negeri Johor Datuk Mohd Tahrir Kiyai Samsudin.

Pada majlis itu, 10 Exco yang mengangkat sumpah ialah Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Dzulkefly Ahmad (Kota Iskandar), Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu), Dr S Ramakrishnan (Bekok), Mohd Khuzzan Abu Bakar (Semerah).

Selain itu, Dr Sahruddin Jamal (Bukit Kepong), Mazlan Bujang (Puteri Wangsa), Sheikh Omar Ali (Paloh), Tan Hong Pin ( Skudai) dan Liow Cai Tung (Johor Jaya).

Pada Sabtu lepas, Osman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-16 di hadapan Sultan Ibrahim di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, di Johor Bahru.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!