Home PolitikPakatan Harapan Tergesa-gesa serah kuasa kepada Anwar tidak bijak-Daim

Tergesa-gesa serah kuasa kepada Anwar tidak bijak-Daim

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berkata adalah satu langkah tidak bijak untuk tergesa-gesa melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri menggantikan Mahathir Mohamad.

Beliau berkata peralihan kuasa daripada Mahathir kepada Anwar seharusnya berlaku ketika ‘pertengahan penggal’.

“Jika kamu ingkari janji rakyat, mereka tidak lagi akan mempercayai kamu lagi,” katanya dalam temu bual dengan Straits Times Singapura.

Beliau yang merupakan bekas Menteri Kewangan, berkata beliau telah berjumpa dengan Anwar dan menyampaikan kata-kata berikut kepada Anwar yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri di bawahnya.

“Kamu semua telah cuba banyak pilihan raya dan gagal. Sama ada kamu suka atau tidak, Mahathir berjaya,” katanya.

Anwar dijangka akan dibebaskan dari penjara esok. Sehari sebelum hari mengundi, Anwar menggesa rakyat Malaysia supaya menyokong Mahathir pada pilihan raya ke-14.

Sebelum ini, Mahathir berjanji untuk membenarkan Anwar menggantikannya selepas dua tahun.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!