Home Pertahanan dan Keselamatan Keselamatan negara di wilayah timur terjamin

Keselamatan negara di wilayah timur terjamin

by Noor Sheila Amin

KOTA SAMARAHAN, 15 Mei – Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Wira Mohd Zaki Mokhtar memberi jaminan bahawa keselamatan di wilayah timur negara terjamin melalui kerjasama erat sesama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan agensi serta jabatan lain menerusi kerajaan negeri dan rakyat.

Beliau memaklumkan, setakat ini Markas Task Force 450 yang berpangkalan di Sabah masih dalam peringkat nukleus (awal) tetapi kekuatan ketumbukan dan operasi dijalankan kedua belah pihak dengan Sarawak adalah seimbang.

“Penubuhan Divisyen ke-5 masih dalam proses dan kita sudah ada angkatan tugas Task Force 450. Namun ia memakan masa untuk mendapatkan
penjawatan dan sebagainya.

“Walaupun dari segi penjawatan khususnya, memakan masa tetapi dari segi kekuatan operasi di Sabah adalah seimbang dengan di Sarawak.

“Kita mempunyai hampir 1 Briged daripada Semenanjung Malaysia yang sentiasa ditugaskan untuk melaksanakan urus operasi membantu kami membuat operasi di Sabah yang bertukar setiap tiga bulan,” katanya ketika ditemui di Jamuan Ringan Perbarisan Penghargaan PMT TD, bersempena dengan persaraannya, hari ini.

Tambahnya, Sabah dan Sarawak mempunyai perkongsian persempadanan daratan yang luas dan setiap satu operasi yang dijalankan pihaknya akan
melibatkan sekitar lapan atau sembilan batalion petugas.

Beliau sebelum ini mengambil alih tampuk kepimpinan Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) pada 29 Julai 2011, dan pada 2014, dan dilantik menjadi PMT Medan Timur.

Majlis penyerahan tugas dan persaraan beliau dijadualkan 28 Mei ini.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!