SHAH ALAM, 10 Mei – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kesal dengan laporan yang tular di media sosial yang mengaitkan baginda campur tangan menasihati Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dalam soal pelantikan Perdana Menteri.
Menerusi kenyataan akhbar melalui Setiausaha Sulitnya, Datuk Mohamad Munir Bani, Sultan Sharafuddin bertitah yang baginda tidak terlibat dalam sebarang campur tangan mengenai pelantikan tersebut.
“Baginda sekali lagi mengingatkan rakyat supaya tidak mudah mempercayai berita palsu di internet atau media sosial yang bertujuan untuk mewujudkan ketegangan di antara pihak istana dengan kerajaan negeri atau Persekutuan,” kata Mohamad Munir.