Home Politik Tepat pukul 5 petang ditutup, tiada lanjutan – SPR

Tepat pukul 5 petang ditutup, tiada lanjutan – SPR

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Semua pusat pembuangan undi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU 14) ditutup tepat jam 5 petang dan tiada lanjutan tempoh pengundian walaupun barisan beratur panjang.

Di sebalik harapan yang tinggi dan pengundi yang berbaris panjang di sesetengah tempat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan melanjutkan tempoh pembuangan undi.

“Kami akan menutup pusat pengundian kepada sesiapa yang tidak berada dalam bilik mengundi,” kata Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau berkata demikian semasa diwawancara RTM1 petang ini.

Kata Mohd Hashim langkah menutup tempat mengundi seperti jadual asal dibuat kerana ia sudah diwartakan.

Katanya mana-mana pengundi yang membuang undi selepas jam 5 petang boleh dicabar di mahkamah.

“Sebab itu SPR menasihatkan orang ramai supaya keluar mengundi seawal mungkin,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!