Home Semasa PRU-14 diancam dengan serangan panggilan misteri

PRU-14 diancam dengan serangan panggilan misteri

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 9 Mei -Calon dan pemimpin kanan parti dari Barisan Nasional dan Pakatan Harapan antara yang dilaporkan telah menerima gangguan panggilan spam. Selain daripada itu, beberapa laman web milik parti politik yang bertanding telah gagal diakses.

Antara calon yang bertanding dan pemimpin parti yang terjejas adalah Dato’ Sri Azalina Othman, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Fahmi Fadzil, Amin Ahmad, dan Datuk Seri Salleh Said.

Masing-masing telah memuatnaik paparan screenshot rekod panggilan di akaun dan Facebook dan Twitter milik masing-masing.

Calon Pakatan Harapan di Parlimen Kangar, Amin Ahmad turut menerima panggilan nombor yang tidak dikenali. Foto: Air Times

Melihat kepada status calon Pakatan Harapan di Parlimen Kangar, Amin Ahmad, beliau turut menjadi mangsa kepada serangan siber dan difahamkan gangguan yang dihadapi bukan sahaja melibatkan panggilan telefon, tetapi spam langganan emel.

Datuk Seri Azalina Othman Said telah menerima banyak panggilan spam dari nombor-nombor luar negara. Foto: Air Times

Di Johor, Datuk Seri Azalina Othman Said yang merupakan calon Barisan Nasional untuk Parlimen Pengerang turut menerima sejumlah panggilan yang tidak dikenali. Nombor-nombor yang memanggil beliau adalah dipercayai dari Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin turut menjadi mangsa panggilan telefon spam yang tidak dikenali. Foto: Air Times

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, calon Parlimen Sembrong pula menyedari beliau menerima sejumlah panggilan spam dari nombor yang tidak dikenali selepas menunaikan undi.

Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil turut menerima panggilan tanpa henti pada jam 8 pagi tadi. Foto: Air Times

Datuk Seri Azalina Othman turut terkena serangan panggilan spam nombor dari luar negara. Foto: Air TimesFahmi Fadzil, Pengarah Komunikasi Keadilan yang juga calon Pakatan Harapan untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai telah menerima panggilan spam seawal 8 pagi lagi. Di akaun twitter rasmi milik beliau, Fahmi berpesan agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga.

 

 

Datuk Seri Panglima Md Salleh Md Said turut menjadi sasaran. Foto: Air Times

Datuk Seri Panglima Md Salleh Md Said turut menerima sejumlah panggilan spam. Beberapa nombor yang dipaparkan adalah dari negara jiran.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!