DHAKA, 7 Mei -Menteri Luar dan Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) melancarkan kempen menggerakkan sokongan antarabangsa bagi tindakan ke atas Myanmar berhubung krisis pelarian Rohingya.
Diplomat 53 negara anggota OIC menubuhkan satu jawatankuasa kempen ketika rundingan dua hari di ibu kota Bangladesh.
Setiausaha Agung OIC, Yousef Ahmed Al-Othaimeen menggelar tindakan itu langkah penting ke arah menamatkan krisis susulan perpindahan beramai-ramai 700,000 Muslim Rohingya dari Myanmar di kem Bangladesh.
Katanya, jawatankuasa baharu itu ‘akan menggerak dan menyelaras sokongan politik antarabangsa untuk mempertanggungjawabkan pelanggaran hak asasi manusia ke atas masyarakat Rohingya.’
“Ini adalah amat penting. Ia adalah satu langkah konkrit diambil bagi mengurangkan masalah saudara kami Rohingya,” katanya.
Satu kempen tentera dilancarkan di Rakhine, Myanmar Ogos lalu menjurus kemasukan beramai-ramai minoriti Islam itu ke Bangladesh di mana mereka menyertai 300,000 pelarian yang sudah menghuni kem daif susulan keganasan terdahulu. -AFP