Home Pertahanan dan Keselamatan Tunai tanggungjawab biarpun jauh dari Malaysia

Tunai tanggungjawab biarpun jauh dari Malaysia

by M.Daim

LUBNAN, 4 Mei – Biar pun jauh dari tanah air, tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi tetap dijalankan oleh anggota pengaman MALBATT 850-5 yang mula mengundi pos di Selatan Lubnan.

Anggota pengaman dari kontinjen  MALBATT 850-5 telah mula melaksanakan undi pos pada hari ini di Dewan Pahlawan, Kem Tibnin. Pelaksanaan undi pos bagi Warga MALBATT 850-5 yang berkhidmat di misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) berjalan selama 2 hari bermula hari ini.

Perlaksanaan akhir akan berlangsung esok hari di MALBATT Headquaters, Kem Marakah, Lubnan.

MALBATT 850-5 merupakan kumpulan ke-6 pasukan pengaman yang dihantar untuk melaksanakan tugas pengaman di Selatan Lubnan.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!