Home Politik Petra Jaya Pertarungan tiga penjuru

Petra Jaya Pertarungan tiga penjuru

by Noor Sheila Amin

Petra Jaya, 28 April – Parlimen Petra Jaya menyaksikan pertarungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam SeMalaysia(PAS).

BN meletakkan calonnya, Datuk Seri Fadillah Yusof manakala PKR dan PAS masing-masing diwakili Datuk Dr Nor Irwan Ahmat Nor dan Hamdan Sani.

Ketiga-tiga calon yang tiba di Pusat Penamaan Calon Petra Jaya di Dewan Al-Muneerah SMK Petra Jaya di sini, masing-masing mengemukakan borang pencalonan mereka pada jam kira-kira 9 pagi tadi.

Fadillah menyerahkan borang pencalonan beliau bersama pencadang, Tan Sri Abang Khalid Abang Marzuki dan penyokongnya, Ibrahim Baki.

Sementara, Dr Nor Irwan mengemukakan borang pencalonan bersama pencadangnya, Baharuddin @ Din Shah Mokhsen dan penyokongnya, Aman Taha manakala Hamdan bersama pencadang, Syamsul Bahrie Mohamad dan penyokongnya, Asyraf Saupi Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Petra Jaya, Jumaini Haili mengumumkan ketiga-tiga calon sah bertanding pada jam 11 pagi selepas tempoh penamaan calon tamat jam 10 pagi.

Proses penamaan calon Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 bagi kawasan Petra Jaya hari ini diadakan dalam suasana aman tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Sementara itu, suasana di sekitar Pusat Penamaan Calon mulai dipenuhi dengan kehadiran Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta para penyokong daripada ketiga-tiga pihak bertanding yang dianggarkan lebih 3,000 orang.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!