Home SemasaGlobal Jae-in, Jong Un bertemu di garisan pemisah sempadan ketenteraan

Jae-in, Jong Un bertemu di garisan pemisah sempadan ketenteraan

by Noor Sheila Amin

SEOUL, 26 April – Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dan pemimpin Utara, Kim Jong Un dijangka bertemu di Garisan Sempadan Ketenteraan yang memisahkan semenanjung itu bersempena sidang kemuncak kedua-dua negara itu esok, kata Seoul.

Jae-in akan menyambut ketibaan Jong Un di blok konkrit yang menandakan sempadan di antara dua negara Korea itu di Zon Bebas Tentera, kata ketua sekretariat Selatan, Im Jong-seok.

Sebaik Jong Un melangkah garisan berkenaan, beliau akan menjadi pemimpin Korea Utara pertama menjejakkan kaki ke Selatan sejak Perang Korea berakhir 65 tahun lalu.

Adik Jong Un, Kim Yo Jong, antara penasihat rapat beliau yang menghadiri Sukan Olimpik Musim Sejuk di Selatan, Februari lalu sebagai wakil khas, adalah sebahagian daripada delegasi itu, kata Im.

Ketua Istiadat Korea Utara, Kim Yong Nam, yang menemani Yo Jong di temasya sukan itu akan turut hadir. – AFP

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!