Home PolitikBarisan Nasional HARAPAN Melaka pertaruh 8 muka baharu: Adly Zahari

HARAPAN Melaka pertaruh 8 muka baharu: Adly Zahari

by Nurulhuda

BUKIT BARU, 26 APR – Pakatan Harapan (Harapan) Melaka mempamerkan barisan lima muka baharu dan satu muka lama bertanding di kerusi parlimen pada PRU14.

Pengerusi Harapan yang juga calon kerusi Dun Bukit Katil, Adly Zahari berkata, mereka menyasarkan menang 21 kerusi Dun daripada 28 kerusi yang dipertandingkan serta  empat kerusi parlimen termasuk mengekalkan Parlimen Hang Tuah Jaya, disandang Shamsul Iskandar @Yusre Mohd Akin.

Menurutnya, senarai kali ini merangkumi 10 calon PKR, 9 calon DAP, 8 calon (PPBM) dan 7 calon Amanah, selain 80 peratus calon baharu dan kombinasi empat calon wanita termasuk di kerusi Parlimen Tangga Batu.

“Seramai 21 calon baru diletakkan, manakala di kerusi Parlimen lima calon dipertandingkan.

“Selain itu, penyandang Dun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong ditukarkan ke kerusi Parlimen Kota Melaka sekali gus semua calon ini dapat memberi saingan kepada calon BN Melaka,” katanya ketika sidang media Pakatan Harapan di Bukit Baru tadi.

Tambahnya, selain itu memperkenalkan calon muda berusia 25 tahun bertanding bagi kerusi Dun Ayer Keroh.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!