Home Politik PRU14: Ibrahim Ali umum tanding Parlimen Pasir Mas, Dun Tendong

PRU14: Ibrahim Ali umum tanding Parlimen Pasir Mas, Dun Tendong

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 25 Apr – Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Pasir Mas dan Dun Tendong di Kelantan pada PRU14.

Katanya keputusan itu dibuat selepas meneliti perkembangan politik di negeri tersebut selain memenuhi kehendak pengundi di Pasir Mas yang mahukan beliau bertanding di situ.

“Di Kelantan saingan cuma antara BN dan PAS tetapi saya lihat macam perlawanan diatur, macam perlawanan persahabatan. Jadi saya rasa bertanding calon Bebas lebih berpeluang  untuk menang,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Kerusi Parlimen Pasir Mas boleh dianggap kerusi tradisi Ibrahim yang bertanding di situ pada PRU 1986, 1990, 1995, 1999, 2004, 2008 dan 2013 atas beberapa tiket parti termasuk Bebas.

Ibrahim memenangi kerusi itu atas tiket Barisan Nasional (BN) pada PRU 1986, Semangat 46 pada PRU 1990 dan tiket PAS pada PRU 2008.

Beliau tewas di kerusi tersebut ketika bertanding atas tiket BN pada PRU 1995 dan 1999  dan sebagai calon Bebas pada PRU 2004 dan 2013.

Sementara itu, Ibrahim berkata pucuk pimpinan Perkasa akan bermesyuarat bagi membincangkan pendirian pertubuhan tersebut berhubung sokongan terhadap mana-mana parti politik atau  menyokongnya sebagai calon Bebas pada PRU14. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!