Home PolitikPakatan Harapan Haramkan saja gambar Dr M, kan senang-Lim Lip Eng

Haramkan saja gambar Dr M, kan senang-Lim Lip Eng

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 25 Apr – Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan, Lim Lip Eng berkata Suruhanjaya Pilihan Raya cuba menghalang penggunaan gambar bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam semua bahan kempen gabungan pembangkang dengan mengenakan syarat tambahan.

Menurut beliau, pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah sepatutnya mengambil kira tarikh pengundian pada 9 Mei apabila beliau mengumumkan syarat-syarat tambahan, semalam.

Katanya, hanya berbaki tiga hari sebelum hari pencalonan dan dua minggu lagi menjelang tarikh 9 Mei dan oleh itu, ketika ini, kebanyakan bahan-bahan kempen telah dicetak dan tersedia untuk dinaikkan.

Dalam satu kenyataan, Lim – calon DAP bagi kerusi Kepong – mengambil contoh papan iklan yang dinaikkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Sementara, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Dia juga bukan presiden atau timbalan presiden parti politik yang diwakilinya.

“Adakah Mohd Hashim atau pihak berkuasa tempatan berani untuk menurunkan papan iklan Tengku Adnan sebelum hari penamaan calon?

“SPR tidak perlu berkata demikian dengan mengemukakan begitu banyak syarat. Katakanlah sahaja, ‘Tak boleh guna gambar Tun Dr Mahathir’. Mengapa SPR takut? ” soal Lim.

Semalam, Mohd Hashim berkata keperluan syarat tambahan adalah untuk memastikan bahawa aktiviti kempen yang melibatkan parti-parti yang bertanding adalah aman dan lancar dan tidak mengelirukan pengundi.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!