Home SemasaGlobal Israel halang Jenazah Dr Fadi ke Gaza

Israel halang Jenazah Dr Fadi ke Gaza

by Noor Sheila Amin

Kuala Lumpur, 24 April –  Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman dilaporkan meminta pihak berkuasa Mesir supaya tidak membenarkan mayat Dr Fadi M R Albatsh Fatma dibawa masuk ke Semenanjung Gaza.

Menurut laporan portal berita Palestin News Network, Lieberman berkata menerusi satu kenyataan kepada media tempatan, pihaknya sudah menghantar permintaan itu menggunakan kaedah konvensional dan menegaskan perkara itu tidak terletak di bawah bidang kuasanya memandangkan kawasan sempadan Rafah berada di bawah kuasa Mesir.

 “Kerajaan Israel mengulangi keputusan yang pernah dibuat sebelum ini iaitu menghalang mayat pejuang Hamas dibawa masuk ke Gaza untuk dikebumikan,” katanya.

Menteri Pendidikan, Naftali Bennett, turut berkongsi pandangan yang sama, berkata pihaknya tidak akan membenarkan mayat Fadi dibawa pulang ke Gaza, kecuali pihak Hamas bersetuju untuk memulangkan dua mayat tentera dan dua rakyat Israel yang didakwa ditahan oleh Hamas.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi Sabtu, Fadi yang berasal dari bandar Jabalia di utara Gaza maut ditembak dua suspek menunggang motosikal berkuasa tinggi ketika berjalan menuju ke surau tidak jauh dari pintu masuk hadapan sebuah kondominium di Setapak, di sini.

Pihak Kedutaan Palestin dan keluarga Fadi dilaporkan dalam proses membawa pulang jenazah Fadi ke Gaza untuk dikebumikan dan kini menunggu kelulusan daripada kerajaan Mesir.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!