1.5K
KAHERAH, 24 April – Dua anggota tentera maut, selepas pesawat yang dinaiki terhempas di kawasan bersebelahan pangkalan udara di Sfax, Tunisia, malam tadi, lapor agensi berita Tunisia, TAP.
Gabenor Sfax yang turut berada di lokasi kejadian dalam satu kenyataan kepada TAP berkata: “Hasil siasatan awal mendapati pesawat itu terhempas ketika dalam sesi latihan pada waktu malam”. – Reuters