Kuala Lumpur, 22 Apr – Calon Parlimen Setiawangsa, Tan Sri Zulhasnan Rafique mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang telah memberi peluang serta kepercayaan sekali lagi untuk pulang bertanding bagi calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 14 nanti.
“Walaupon saya tidak bertanding dan menjadi wakil rakyat pada tahun PRU13, saya masih mempunyai pendekatan untuk bertemu dengan rakyat dari semasa ke samasa, jelasnya lagi.
Menurut Zulhasnan, kakitangan pejabatnya sentiasa turun ke kawasan selama 5 tahun ini untuk bertemu dengan rakyat terutama aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan.
“Saya sudah berada di Setiawangsa lebih daripada 20 tahun, dan kita sentiasa bertemu dengan rakyat di Setiawangsa”, ujarnya lagi.
Zulhasnan yang telah menjadi Ahli Parlimen selama 13 tahun berkata, kesinambungan di antara rakyat dengan Barisan Nasional sentiasa ada dan program-program yang dianjurkan dalam masa lima tahun di bawah pimpinan Barisan Nasional sentiasa berjaya menarik minat penduduk Setiawangsa.