KUALA LUMPUR, 22 Apr – Setiausaha Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, Datuk Rizalman Dato Mokhtar berkata pemilihan calon-calon yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti adalah satu pemilihan yang sangat baik, cukup teliti dan dibuat secara terperinci.
‘Ada beberapa muka baru yang diperkenalkan. Ia jelas melambangkan UMNO dan Barisan Naisonal sangat terbuka terutamanya dalam mewujudkan serta melahirkan pelapis-pelapis baru dalam arena politik.
‘Calon dari Bandar Tun Razak mengetengah seorang anak muda yang profesional, dan merupakan kelahiran Bandar Tun Razak sendiri’, ujar Rizalman ketika disoal wartawan di Majlis Pelancaran Manifesto dan Pengumuman calon BN Wilayah Persekutuan pagi tadi.
‘Dunia politik bukan asing bagi calon ini. Calon pernah bersama saya ketika saya sebagai Ketua Pemuda Umno bahagian, dan dia sebagai Ketua Penerangan’, tambahnya lagi.
‘Saya berkeyakinan beliau adalah calon yang sangat layak untuk diketengahkan’, katanya.
Rizalman turut meluahkan keyakinan terhadap calon yang dilihat mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Bandar Tun Razak sekiranya diberi peluang untuk menjadi wakil rakyat.
“Bukan satu laluan mudah, kena kerja kuat, kena turun padang sebanyak yang mungkin dan kena jumpa pengundi seramai yang mungkin. Tetapi atas bantuan semua jentera saya yakin calon ini akan ditabalkan sebagai Yang Berhormat pada 9 Mei nanti’, nasihat beliau kepada calon Bandar Tun Razak.
“Dari segi calon baru yang diketengah hampir 40% ahli terdiri dari komponen parti termasuk UMNO sendiri. Ini melambangkan BN Wilayah Persekutuan dilihat berani untuk mengetegahkan calon diluar kotak, selain calon tradisi seperti sebelum-sebelum ini.
‘Saya nak pastikan UMNO bertanding di parlimen Bandar Tun Razak, dan alhamdulillah pucuk pimpinan parti telah memberikan persetujuan untuk bertanding di parlimen ini’, katanya lagi.
“Alhamdulilah hari ini calon anak tempatan telah diketengahkan dan saya sebagai Ketua Umno bahagian yang sememangnya berjuang dari awal bersyukur dengan keputusan yang diperolehi’, katanya lagi.