Home PolitikPakatan Harapan Derma Pas: Sampai bila lagi nak menipu?- Mahfuz

Derma Pas: Sampai bila lagi nak menipu?- Mahfuz

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 20 Apr – Anggota Parlimen sementara Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan sikap PAS berhubung sumbangan yang diterima menunjukkan parti itu telah banyak belajar daripada politik Datuk Seri Najib Razak berhubung derma yang diterima.

Mahfuz berkata PAS seharusnya berterus terang daripada awal menerima dana derma sebanyak RM 1.5 juta dan RM 1 juta daripada individu tertentu supaya PAS tidak dilihat menyembunyikan sesuatu daripada ahli-ahli PAS.

“Syabas kepada Dr Zuhdi Marzuki kerana berlaku jujur dengan mengaku PAS “, katanya lagi.

“Mengapa susah sangat mahu mengaku sebelum ini bahawa PAS memang mendapat dana dan derma? Adakah takut kepada fitnah yang dilemparkan atau takut terdedah siapa yang memberikan derma?, soal Mahfuz dalam kenyatan medianya.

Situasi sebegini ujarnya memperlihatkan Pas telah banyak belajar daripada politik Datuk Seri Mohd Najib Razak berhubung derma yang diterima ke dalam akaun peribadinya sebanyak RM2.6 bilion.

“Ketika awal pendedahan sumbangan itu diterima, Datuk Seri Najib segera menafikan dan menolak tohmahan yang dilemparkan,namun setelah bertali arus serangan dilemparkan termasuk bukti transaksi yang mendedahkan memang wujud sumbangan yang diterima, akhirnya beliau mengakui.

“Semacam ada persamaan situasi antara Pas dan Umno ketika ini menerima sumbangan daripada individu, begitu mudah nafi dahulu, kemudian apabila sudah tidak mampu menangkis hujah barulah mengiyakan.

Dalam kenyataan sama, Mahfuz juga menyelar Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan yang menyatakan dana pilihan raya PAS adalah hasil daripada poket 1 juta ahli-ahli PAS.

“Apabila terbongkar derma daripada individu ini, akuilah bahawa duit poket ahli PAS adalah hanya sejumlah kecil sepertimana PAS selama ini, dan sejumlah besar lagi adalah daripada derma individu tersebut.

“Itu yang terdedah, mungkin yang belum didedahkan banyak lagi ‘derma dalam gelap’ yang diberikan oleh individu-individu lain.

“Sampai bilakah PAS terus bermain dengan penafian demi penafian, mengapa hingga tergamak PAS sanggup membohongi rakyat dan ahli-ahli PAS mengenai dana pilihanraya dan duit perbelanjaan politiknya ketika ini,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!