3.5K
SERIKIN, 13 Apr – Usaha berterusan Pasukan Batalion Ketiga Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (13RAMD) yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Ismahizan bin Ishak, dalam mengawal sempadan Sarawak/Kalimantan Barat (Kalbar) telah menghasilkan kejayaan di Serikin.
Pasukan ini telah berjaya menahan seorang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bersama 3 buah motosikal yang disyaki dicuri melalui lorong tikus di Serikin pada petang semalam.
Saspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Bau untuk tindakan selanjutnya oleh pihak PDRM. Anggaran nilai barang rampasan keseluruhanya berjumlah RM 26 ribu.