Home Semasa Fitnah Istana Selangor, Chegu Bard didakwa

Fitnah Istana Selangor, Chegu Bard didakwa

by Air Times News Network

SHAH ALAM, 13 Apr – Selepas gagal dihubungi untuk hadir ke mahkamah semalam, pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin akhirnya didakwa Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Seksyen Shah Alam, hari ini.

Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard berada dalam tahanan polis selepas ditahan malam tadi.

Chegu Bard, 39, mengaku tidak bersalah menerbitkan penerbitan yang menghasut berkaitan dengan Istana Selangor melalui laman Facebooknya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis Jalan Kuarza Seksyen 7, Shah Alam, jam 5 petang pada 11 Januari lalu.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!