1.5K
PETALING JAYA, 10 Apr – Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) Tun Dr Mahathir Mohamad masih belum mengesahkan sama ada akan bertanding di Langkawi atau lokasi lain pada PRU14 ini.
Beliau secara bersahaja menyatakan masih keliru untuk memilih bertanding di Langkawi, Kubang Pasu, Putrajaya atau Pekan.
“Langkawi? Saya akan putuskan tak lama lagi, tapi keputusan mesti dibuat oleh jawatankuasa bukannya saya sendiri.
“Saya ada ada banyak pilihan tempat selain Langkawi, Kubang Pasu, Putrajaya atau Pekan. Sebab penduduk di situ cukup suka saya dicalonkan kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib akan menyusul membawa hadiah yang banyak,” katanya ketika sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini.