Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Pertandingan 3 penjuru beri peluang menang di Melaka – Hadi

Pertandingan 3 penjuru beri peluang menang di Melaka – Hadi

by Nurulhuda

MELAKA, 10 Apr – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS bakal bertanding di 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lima Parlimen di negeri ini pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Menurut beliau, jumlah kerusi berkenaan menunjukkan peningkatan berbanding hanya 13 kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen pada PRU lepas.

“Pertandingan 3 penjuru le­bih memberi peluang untuk menang di Melaka. Kita biasa tiga penjuru dan empat penjuru, boleh menang kerana akar umbi kita setia pada parti sejak zaman dahulu.

“Kalau berlaku banyak penjuru, biasanya akan timbul kesan negatif,” katanya pada sidang media selepas ceramah perdana dan majlis pelancaran Manifesto Gagasan Sejahtera Melaka tengah malam tadi.

Majlis dihadiri kira-kira 1,000 hadirin itu turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Melaka Kamaruddin Sedik dan barisan Gagasan Melaka yang dianggotai PAS, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) serta Barisan Jemaah Islamiyah Se-Malaysia (Berjasa).

Pada majlis berkenaan, Gagasan Sejahtera turut melancarkan manifesto pakatan tersebut bagi negeri ini untuk PRU14 dengan menggariskan 11 teras sekiranya berjaya mentadbir kerajaan negeri Melaka.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi dan 6 Parlimen.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata PAS dijangka mengemukakan lebih 50% calon muka baru termasuk bukan Islam bagi mewakili parti itu pada PRU14.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!