1.7K
Washington, 9 Apr – Presiden Donald Trump, menggelar Presiden Bashar al-Assad ‘binatang’ ekoran tindakan rejim itu melancarkan serangan kimia yang tidak berperikemanusiaan di Syiria yang membabitkan gas klorin.
“Presiden Vladimir Putin, Russia dan iran bertanggungjawab menyokong si binatang Assad. Harga mahal perlu dibayar ujarnya.
“Ramai terkorban, termasuk wanita dan kanak-kanak, dalam serangan kimia tidak berperikemanusiaan di Syria.
“Kawasan itu sudah dikepung tentera Syria, menjadikan ia terputus hubungan sama sekali dengan dunia luar,” katanya dalam Twitter yang bermula dengan perbincangan serangan di Timur Ghouta.