Home SemasaGlobal AS benarkan Taiwan bina kapal selam sendiri, risiko konflik semakin meningkat

AS benarkan Taiwan bina kapal selam sendiri, risiko konflik semakin meningkat

by M.Daim

WASHINGTON, 9 Apr – Washington dilaporkan telah bersetuju untuk membantu Taiwan untuk membina kapal selamnya sendiri. Perkara tersebut dinyatakan oleh Taipei yang menerima khabar tersebut sebagai satu kejayaan. Taiwan, yang pada ketika ini mengoperasikan 4 buah kapal selam telah lama bercita-cita untuk menghasilkan kapal selamnya sendiri.

Kapal selam kelas Hai Shih merupakan kapal selam kelas Cutlas yang digunakan oleh US Navy pada lewat Perang Dunia Ke-2. Kapal selam ini digunakan sebagai kapal selam latihan dan tidak sesuai digunakan sebagai kapal selam tempur dengan mengambil kira kelengkapan persenjataan serta usianya.

Dua buah kapal selam tersebut merupakan kapal selam latihan (kelas Hai Shih) dan selebihnya kapal selam kelas Hai Lung yang merupakan varian kapal selam kelas Zwaardvis. Kapal selam Hai Shih merupakan kapal selam era Perang Dunia Ke-2 yang telah diubahsuai menjadi kapal selam latihan dan dirancang untuk beroperasi sehingga tahun 2025.

Kebenaran Washington untuk membenarkan syarikat-syarikat pertahanan Amerika Syarikat untuk membantu Taiwan membina kapal selamnya sendiri dijangka akan memburukan lagi keadaan di Selat Taiwan. Ini terutamanya apabila melihat situasi antara Beijing-Taipei pada tahun lalu setelah Taiwan mengumumkan perancangan mereka untuk membina kapal selamnya sendiri.

Kapal selam Hai Lung yang dikenali sebagai Zwaardvis Mk. 2 merupakan taring utama Tentera Laut Taiwan untuk angkatan kapal selamnya.

Agensi AFP memetik jurucakap Kementerian Pertahanan Taiwan bahawa kebenaran yang diberikan oleh Washington adalah satu kejayaan buat Taiwan dan perlaksanaan akan dilakukan secara berperingkat.

Taiwan dijangka akan mengoperasikan kapal selam buatan negara itu pada tahun 2028.

Sementara itu, portal Global Times melaporkan tindakan Washington adalah dilihat sebagai satu tekanan kepada Beijing terutamanya dengan melihat “perang ekonomi” yang sedang berlaku antara Washington-Beijing.

Perang ekonomi yang berlanjutan semenjak akhir-akhir ini menyaksikan kedua-dua pihak melakukan tekanan ekonomi kepada industri antara satu sama lain dengan memperkenalkan pelbagai polisi cukai dan tarif.

Menurut Global Times, tindakan Washington merupakan sesuatu yang sensitif kepada China selepas AS bersetuju untuk menjual 8 buah kapal selam kepada Taiwan pada tahun 2001. Namun begitu, rancangan perolehan kapal selam oleh Taiwan pada era pemerintahan George W Bush tidak membuahkan hasil.

Portal Telegraph memetik kenyataan bekas Menteri Pertahanan Taiwan, Andrew Yang, bahawa beliau tidak terkejut dengan bantahan oleh Beijing. Menurut beliau, China akan sentiasa membantah penjualan senjata kepada Taiwan oleh AS terutamanya melibatkan kapal selam.

Namun begitu, perolehan lesen oleh Taiwan daripada Amerika Syarikat turut mendapat bantahan oleh rakyat Taiwan sendiri.

Jason Hsu dari parti Kuomintang menyifatkan keputusan oleh Amerika Syarikat adalah ibarat serampang dua mata. Malah, beliau menjelaskan Taiwan seumpama seorang pesakit yang menelan ubat baharu tanpa mengambil kira kesan sampingan ubat yang diambil.

Felo pengkaji di Society for Strategic Studies, Dr Ching Chang, yang merupakan bekas pegawai Tentera Laut Taiwan menyatakan perkembangan tersebut adalah satu keputusan yang betul di waktu yang salah.

“Melihat perbalahan ekonomi Beijing-Washington dan hubungan semasa China-Taiwan, keputusan ini akan memburukkan lagi keadaan, katanya.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!