Home Pertahanan dan Keselamatan Setia dan terus sokong kerajaan BN – Zahid

Setia dan terus sokong kerajaan BN – Zahid

by Noor Sheila Amin

Hutan Melintang, 9 April – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap warga Kem Hutan Melintang agar setia dan terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

Menurut beliau sokongan tersebut amat penting dalam usaha untuk meneruskan usaha pembangunan yang telah dilakukan di kawasan Bagan Datuk.

“Sokongan itu penting untuk menentukan kem ini terus diterajui oleh kerajaan yang sama sekali gus menjadikan Kem Hutan Melintang sebagai kem terbaik di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian majlis Sehari Bersama Timbalan Perdana Menteri ‘Kesetiaan Selamanya’ dan Hari Keluarga Kem Hutan Melintang di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang semalam.

Hadir sama, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Azizan Md. Delin, Panglima Markas 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Ramli Jaafar, Panglima 2 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Mohd. Nizam Jaafar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Pegawai Daerah Bagan Datuk, Datuk Hamzah Hussin.

Hari Keluarga itu turut dihadiri kira-kira 1,700 anggota serta ahli keluarga dari Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Ipoh dan Rejimen Artileri Diraja (RAD), Taiping.

Dalam majlis tersebut, Ahmad Zahid mengumumkan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Tabung Kebajikan Rejimen Kem Hutan Melintang yang disampaikan oleh Hamzah kepada Nizam.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!