Home Politik Manifesto BN PRU14: BN gagal dari 2013 – Manivannan

Manifesto BN PRU14: BN gagal dari 2013 – Manivannan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 8 Apr – Ahli Parlimen Kapar G. Manivannan menyifatkan cara Manifesto Barisan Nasional (BN) PRU14 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam menunjukkan mereka gagal sejak diberi mandat pada 2013 oleh rakyat.

Manivannan berkata hampir tiga ratus lebih inisiatif yang ditaburkan termasuk BR1M yang diletakkan sebagai klimaks ucapan Najib menunjukkan kerajaan BN gagal selepas PRU13.

‘Sepatutnya Najib menerangkan apa yang telah kerajaan BN lakukan lima tahun terakhir, bukannya kepada janji yang akan ditabur (Aku Janji)’, katanya.

‘Saya nampak aku janji yang ditaburkan oleh BN lebih banyak daripada apa yang telah dikotakan sepanjang lima tahun 2013’.

‘Sebagai sebuah kerajaan, sepatutnya BN tidak boleh memberi aku janji sebaliknya menunjukkan prestasi yang telah dilakukan semenjak lima tahun kebelakangan ini’, katanya ketika dihubungi.

Malah, beliau menegaskan hanya pihak pembangkang yang akan beri manifesto dan aku janji disebabkan tiada dana dan tidak mentadbir negara, maka pembangkang akan meletakkan manifesto tersebut supaya dapat dilaksanakan sekiranya memerintah tampuk kepimpinan negara.

Selain itu, Manivannan berkata semenjak Najib mengambil alih sebagai Perdana Menteri peluang pekerjaan di Malaysia semakin merosot ketika mengulas mengenai 3 juta peluang pekerjaan yang terkandung didalam manifesto BN.

Manifesto BN PRU14 dan aku janji yang diumumkan semalam menunjukkan UMNO Barisan Nasional gagal secara majmuk, komprehensif dan holistik, ujar beliau.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!